Sunday, 19 May 2013

  

 KEHIDUPAN ini kadangkala sukar untuk dimegertikan,
Sesuatu yg kita fikirkan baik,
Namun hakikatnya ianya tidak baik..
Sesuatu yg kita fikirkan tidak baik,
Namun hakikatnya ia amat baik..

Bagaimana AKAL yg dangkal ini bisa mengerti,
Hikmah disebalik sesuatu peristiwa
Hanya yang mempunyai CAHAYA HATI
Akan bisa mengerti dengan penuh pengertian & senyuman..

Tiada ketakutan & kebimbangan,
Itulah jiwa Para KEKASIH ALLAH dalam kehidupan,
Tiada gundah Nabi IBRAHIM melihat api yg menyala
Kerana jiwanya bertaut melihat ALLAH disebaliknya..

 
 Ramai yg menjadi Kekasih ALLAH dgn dosanya,
Mereka merasa hina & sentiasa merintih dosanya,
Ramai yg menjadi Musuh ALLAH dgn amalnya,
Mereka merasa mulia & sentiasa menghitung amal..

Ramai Kekasih ALLAH yg dideritakan ALLAH dalam Kehidupan ini,
Namun itulah hiburan mereka 
sehingga mereka merintih jika tiada ujian..
Ramai para musuh ALLAH yg dinikmatkan di dalam Kehidupan ini,
Namun itulah penderitaan bagi mereka 
sehingga sntiasa merintih minta ditambahi..

KEHIDUPAN sukar untuk dimengertikan,
Kerana CINTA ALLAH penuh dgn kerahsiaan,
Hanya mereka yg memiliki CINTA YG BENAR,
Akan faham BAHASA CINTA ILAHI,
Hingga Kehidupan membahagiakan mereka
Walau dilihat dgn ribuan penderitaan..    

   

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete